Sesaje nak share pengalaman sebagai student UiTM dulu. Hopefully pengalaman ni menjadi satu pengalaman berguna untuk bekas anak didik ku dan remaja.. even aku dah berhenti dah jadi lecturer UiTM, but I love teaching... so..sharing is caring..
Pengalaman sendiri
Masa praktikal, aku dan member aku Izzah selalu guna khidmat seorang pakcik teksi untuk ke stesen komuter. Amik komuter gi keje beb..senang dan murah. Praktikal ni almost 4 month jugak, so kenalah ada orang yang dipercayai untuk hantar amik. Shif kerja di Parkson pun kadang kadang balik malam, turun komuter padang jawa. Kat situ takde teksi lepak, kalau nak ada teksi, kenalah turun kat komuter seksyen 19..tapi mahal la sikit, dalam RM7,8 dari sana ke rumah sewa aku. Student mana ada duit, kenalah budget. So, selama beberapa bulan ni, pakcik teksi ni je amik aku dengan Izzah kat komuter Padang Jawa bila balik malam.

Nak dijadikan cerita, shif aku dengan Izzah tidak sama pada hari tu, sebab aku ada Test untuk satu paper repeat. Repeat tu biasa je, kalau dah bergelar student tu, mesti ada pengalaman punya. So, call la pakcik tu amik, dalam pukul 10 malam kat komuter padang jawa. Then, pakcik tu amik la aku, then dia gi amik student lain yang call kat Seksyen 19, turunkan student, pusing lagi, tapi tak jugak hantar aku kat rumah sewa. Jam dah pukul 11 ni, alamak..1 jam dalam keta dia, tak jugak di hantar ke rumah. Aku buat cool je, takkan nak buat panik pulak.
N then, dia kata nak gi amik duit dengan abang dia kat seksyen 24, aku pun iyakan ajer, pastu aku tunggu dalam keta, n then dia kata nak gi bubuh minyak petrol pulak. Bila dia berhenti kat stesen minyak, tiba tiba dia bukak bonet dan duduk sambil henjut Kenari dia tu. Bulu tengkuk aku ni tiba tiba meremang.. eh..ni apahal pakcik ni? Dia senyum jer.. jam pukul 11.30 dah ni. Risau risau.
Masuk dalam keta, pakcik tu cakap, kamu tak takut ke naik dengan pakcik ni Tengku? (sebab aku dgn Izzah dah hampir 4 bulan guna khidmat dia, dia pun dah kenal). Aku jawab.. ala.. saya dah kenal pakcik, takde masalah nya.. lagipun mak saya everyday call cakap dia solat hajat kat saya, mintak selamat .. insyaallah..saya selamat di tempat orang, jawab aku dengan konfidentnya..
Tiba tiba pakcik tu diam, then zas dia hantar aku balik, sebelum turun keta, dia cakap terima kasih sebab temankan dia ronda ronda. On that day dia tak amik bayaran pun. Masa naik tangga flet rumah sewa..airmata aku ni..bercucuran..takut beb... Aku sampai rumah pukul 12 malam.. macam cinderalla gitu..huhu..
Tips untuk naik public transport:
1. Kalau boleh berteman, tapi kalau tak boleh nak buat macam mana kan, tawakal je
2. Kalau seorang diri, perhatikan pemandu tu, jenis mencurigakan atau tidak barulah naik (kalau nampak sengih sengih macam kerang busuk je, tengok atas bawah atas bawah, baik jangan naik ok)
3. Bila dah naik teksi tu, call la sesape, cakap on the way dah, lokasi anda naik teksi tu..buat2 sembang tentang lokasi anda berada (kalau takut, cakap kuat kuat, no plat teksi tu)
4. Jaga tingkah laku dan cara berpakaian.. minyak wangi jangan lah wangi semerbak time naik teksi tu, pastu kalau boleh pakaian yang sopan dan menutupi apa yang patut ditutupi punnn... "ah cai"..hehe..
Pengalaman Senior aku praktikal
Pengalaman senior aku praktikal, tapi dah menggemparkan batch aku dulu. Senior tu perempuan, tapi dibelasah oleh staf lelaki di situ.
Mengikut maklumat yang aku dapat dari senior tu sendiri, Kak F (senior) ni diberi tugas sebagai pemeriksa staf, maksudnya dia berpeluang merekodkan disiplin staf staf di situ. Disebabkan kita ni student yang takder pengalaman kerja, kita akan buat dengan tekun tugas tu. Jadi adalah seorang staf yang bermasalah ni, selalu buat hal, ponteng, lewat dan melalui info yang saya dapat juga, staf ni kaki minum. So, Kak F ni warninglah staf tu, tapi disebabkan ketidakpuasan hati staf ni terhadap kita sebagai pelajar yang tetiba jadi supervisor, dia ajak ler Kak F bincang dengan pihak atasan di pejabat. Belum sempat jumpa orang atasan, senior aku tu telah dibelasah oleh staf tu ditempat kejadian.
Tips di tempat praktikal
1. Ramah dengan semua staf dan jangan sombong
2. Selalu berurusan dengan pihak pengurusan sekiranya bermasalah di tempat kerja, jangan ambil tindakan sendiri, bahaya
3. Selalu bertanyakan pendapat dan pandangan dari pensyarah atau ketua program anda sekiranya pihak syarikat anda praktikal tu tak amik kisah sgt..tapi biasanya diorang ok
4. Tunjukkan prestasi anda sebagai pekerja dengan menjalankan tugas dengan baik kerana kemungkinan besar anda ditawarkan jawatan sebagai pekerja tetap adalah sebanyak 90%.
5. Menjaga imej universiti dengan menjaga disiplin dan tingkah laku di tempat kerja
Ok..Selamat berpraktikal..